Sunday, May 3, 2009

Busy dangat

Sangat sibuk, blog personal pun tak update, blog cupcakes pun tak update, sibuk dengan kerja dan sibuk dengan tempahan, sibuk melayan anak-anak lagik, untung orang tak bekerja, tak perlu terkejar-kejar dengan kerja, date line, sibuk dengan tempahan dan keluarga je la. uhuks.. Kalau tengok kehidupan saya, memang sibuk je memanjang, saya percaya ramai lagi pembuat kek part time macam saya yang kelam kabut seharian. Ermm tapi tak per, inilah dinamakan kerja keras. Saya ada misi yang saya telah tetapkan, kalau dulu mungkin saya suka-suka buat cupcakes, kini saya sudah jatuh cinta dan saya akan teruskan langkah dalam bidang ini.

Sebab itu jadual seharian saya pack sangat, dengan kerja, dengan cupcakes, ada masanya saya terpaksa bercuti untuk masuk kelas kek, dan saya juga sudah dijemput untuk menjadi pengajar cupcakes. Lama juga saya berfikir boleh ke saya kendalikan? Saya tak yakin, tapi bertemu seorang kakak di kelas cake, dia katakan pada saya, kalau nak berjaya, kena berani. Kalau takut kita tak mencabar diri sendiri. Saya pegang kata-kata itu, dan Insya-ALlah untuk bulan Mei ini, saya akan kendalikan dua kelas cupcakes untuk komuniti di tempat tinggal saya dan satu kolej yang dibiayai kerajaan. Kata pepatah Perjalanan Seribu Langkah, bermula dengan Langkah Pertama.

Oklah, banyak entry tertangguh-tangguh, tak punya banyak masa nak edit gambar, nak masukkan entry.

Entry sangat berterabur, ini satu sebab saya tak suka upload gambar pakai blogspot, bosan kerana kita kena susun-susun baru upload, saya dah lupa kekadang mana pic dah upload, mana belum, sudahnya saya upload suka hati dan tidak disusun mengikut tarikh order, malah maaf kalau tersalah nama orang order, saya sangat pelupa. Ini pun saya kena refer senarai order yang saya compile, jangan harap saya ingat setiap satu siapa punya order.

Dari Yong sempena Anniversary

Untuk anak buah hati anak buah saya Aizat, si cantik manis Tasha kat UKM saja menghappykan Tasha, kerana Tasha selalu membantu saya kalau saya terlalu banyak order.

Untuk Sha, sangat busy sampai tak sempat ambik gambar, bila hubby dah siap pack masuk casing semuanya baru teringat gambar belum ambil.

Uhuhu ni lama dah order, Nid, teman setaman perumahan saya, juga member forum wanitamelayu.com saya. Thanks Nid

Yang ini order dari teman blog saya, nama blog dia saya kenal KLMari je, nama betul saya baru tau bila dia order cupcakes je. eheheh nice meeting you, seronok pulak borak, macam lama kenal, eheheh


Yang ini untuk Kam, saya yang memang blue lover ni, mmg suka lah kalau nak buat kaler-kaler biru ni, Kam, kalau ada pic yang hubby Kam snap-snap tu, emailkan ek, atau kot ada letak kat blog ke apa, kasi la link, nak juga tengok profesional punya gambar. atau kalau ada pic yang box cupcakes yang dah siap decorate tu please la hantar ye.

Yang ni pun order dah lama, dari Kak Roziah, dua kali dah jumpa kak Roziah, awet muda tau, anak-anak dah teruna/dara dah, emaknya maintain sweet je. apa rahsia akak?? ehehe


ni dari kak Rosni, mulanya Kak Rosni minta dihantar ke office, tapi maaf kak, hari kerja saya kerja, tak dapat nak deliver, tapi saya suggest pada kak Rosni, kalau ada teman sepejabat dia dari Kajang/ Bangi/Serdang saya boleh deliver ke rumah dia, jadinya kak Rosni sms saya kata ada kawan dari Kajang boleh bawa ke office, so pada malam tu saya deliver ke Kajang saja.

Yang ni pun dah lama juga order, dari Jehan, ni repear order, Jehan nak surprisekan hubby dia, masa dinner malam birthday tu, so hubby hantarkan ke Village View Bangi. Terkejutlah hubby dia tetiba dapat kek.

Yang ni pun dah lama, sebelum saya perig bercuti ke PD lagi, order from Azura Kota Damansara, saya siapkan semuanya petang tu bakar kek, deco kek, uhuhu siap masuk kotak gerak ke Kota Damansara dah dekat pukul 10 rasanya.

Yang ni dari Azizan untuk isteri tersayang, sama hari order dengan Kak Rosni tadi, jadi kerja saya jadi mudah sebab Azizan request nak flower-flower kaler merah. Senang kerja, tak perlu saya bancuh banyak-banyak kaler.

eheheh yang ini lagilah dah lama terperap picnya dalam kamera, baru kini nak upload, order dari Nida, untuk Amat tersayang dia..moga bahagia hendaknya..

Ni pun dah lama, dari Maria untuk birthday anaknya, dia minta masuk casing sebab nak bawa travel balik ke Terengganu.

Ini dari Husna untuk kakak yang tersayang, kata Husna, akak buatlah kek untuk ceriakan akak saya yang stress dengan kerja, dengan belajar supaya dia happy. Alhamdulillah Husna email kakak dia happy sangat. Sweetlah kan.. Kisah trajis berlaku masa Husna nak ambil order dia. Janjinya dia nak ambil di rumah saya sendiri, lepas kerja, kebetulan hubby saya cuti, saya balik ambil dia pastu kitaorang pegi shopping, hp saya tertinggal dalam kereta, dah sejam lebih bershopping baru teringat hp tertinggal, aduhh berkejaran le hubby ke kereta ambil hp, ada dua misscall dari Husna.. phewww mujur dia baru je sampai area rumah saya, and kata dia nak solat maghrib dulu kat surau berdekatan. Pastu lepas maghrib dia ke rumah saya, kemudian saya dan hubby continue shopping saya tak dgr ringing hp, last dapat msg dari Husna bgtau dia kena balik sebab ada hal, and cupcakes tu esok je dia ambil. Rupanya ada misscall dari Husna bgtau dia dah depan rumah, tekan door bell, tapi tak der orang keluar/buka pintu, and rumah gelap.

Ishhkk mustahil ni, bibik and si abang ada kat rumah. Saya return call Husna say sorry nak nangis pun ada, saya dah tau plan diaorg nak cupcakes tu malam ni, saya tak suka rosakkan plan orang. Hubby dah bising, dia dah bgtau saya minta call ke rumah bgtau bibik ada orang nak ambil kek, supaya bibik alert, tapi saya kata tak per, sbb nanti bila org tekan door bell bibik tau le. Huwaaa rupanya door bell tak bunyi, mungkin kesan lepas 'trip' eletrik masa hujan lebat/kilat. Ermm benda nak jadi kan..tapi bila dah balik hubby test dan tengok kat panel, ok pulak door bell nya. Sudahnya menebus rasa bersalah saya, saya dan hubby berkejar ke KLCC malam tu menghantarkan cupcakes Husna. Biar saya susah sikit, asalkan program orang tak 'spoilt' , salah saya juga, patutnya saya pesan kat Husna, in case door bell tak berbunyi tarik ke pagar masuk dan ketuk pintu. tak per la benda dah jadi,

2 comments:

zanaz said...

salam kenalan. cantik lukisan di atas kapkek cik puan ni. wpun saya juga membuat kapkek...tapi bab melukis saya fail hehehe.

by the way nak komen pasal fulltime hsewife tu...jgn ingat tak bz...lagi bz dari org yg bekerja dan buat kapkek. coz fulltime hsewife tak ada maid, tak ada driver jadi...so...dia lah dirver kepada anak2 yg sehari 4-5 kali kuar urus aktiviti anak, dia le bibik yg urus segala kerja kemas mengemas, dia lah tukang masak, nak tgk omwork anak2, nak layan suami dan juga pembuat kek memenuhi permintaan pelanggan. rasanya penat lagi dari yg bekerja di opis dan membuat kek dirumah coz mostly u all ada bibik kat umah.selalu juga dari buka mata kol 5 pg sampai 12 midnite non stop...makan pun main sambil2. ckp dri pengalaman...saya punya pengalaman bekerja,fulltime hsewife dan juga fulltime housewife yg bekerja dirumah. definitely i will vote that fulltime hsewife yg bekerja dari rumah adalah umat yg paling bz sekali hehehe.

Pnut said...

salam kenal zanaz, ya memang diakui menjadi seorang isteri dan ibu mmg penat tak kira kerja tau tidak kan???

faham sesangat...

cumanya bezanya ibu-ibu tak bekerja busy dengan anak-anak, suami dan siapkan tempahan, macam saya yang bekerja ni, mana kena pressure ngan bos lagik, big boss lagi, pastu kejar date line kerja office, paper work office, attend meeting yang kadang-kadang dari pukul 2.30 ptg meleret sampai dekat pukul 6ptg, kalau kena hari yang begitu, sampai rumah dah dekat 7 mlm, terkejar-kerja nak baking deco cake, kalau hari tu mmg ada tempahan dah terima, kekadang meeting n short notice, ptg meeting pagi baru dpt notice...

ibu tak berkerja boleh jadi time manager sendiri... tp mmg respect semua ibu dan isteri yang supermom macam kita-kita ni..eheheh