Monday, April 13, 2009

Salam sejahtera semua. Minggu ni Alhamdulillah, masih ada yang sudi order.. Terima kasih semua..muaahhsss

Just reminder..
untuk tarikh 18,19 dan 20hb ni saya tak terima tempahan ye.. sebab nak pergi berehat kejap, setelah penat kerja, baking. nak rileks-rileks dengan keluarga pulak, sian si kecil saya, mamanya asyik sibuk je..

Oklah ini order untuk minggu lepas, ni Mirah rakan blogger saya order untuk dibawa ke wad NICU Serdang, hadiah untuk nurse dan doktor

Yang ini pulak Maya, untuk rakan-rakan office dia..baik Maya ni. belanja kengkawan makan kek.. Maya, still tak dapat bertemu mata dengan Maya kan..itu hari Maya datang akak sebok kat small bakeri akak, hubby je hulurkan kotak keknya, hari tu pulak datang akak on the way ke Bangi, bibik je hulurkan kotak kek. Next time occay..

Yang ni order dari Hasniza, wah ini agak mencabar kerana perlu melukis banyak animal, nampak macam senang, tapi susah, lukis guna cream, guna nozzle, berbaloi dan lega bila dimaklumkan anak-anak Niza happy sangat.

Ni dari Zakiah, untuk suami tercinta.. tema nak merah, biru...

Yang ini pulak dari Anita, untuk anak bujang dia.. yang katanya suka main ping pong.. pun happy bila Anita bagitau dia happy dengan cupcakes ni.

Yang ni dari Kak Zaza, yang menempah melalui sms je, mujur saya tak lupa..
Saya memang ada masalah pelupa sikit, itu sebab saya sediakan order form untuk orang order, supaya senang ditulis semua atas order form. Kalau u all sms, call selalu saya lupa..uhuks.. jadi sebaik-baiknya gunalah form sedia ada di website ni untuk buat tempahan.

And form tu please isi la email adress anda, kerana tanpa email adress saya sudah set masuk bulk mail..al maklumlah ada manusia ni rajin sangat nak test kot sistem form saya berfungsi ke tak..jadi suka-suka ati diaorg je klik-klik send form tu.. tak payah test-test la Insya-ALlah kompem email tu terus masuk email saya, dan kalau saya online immidiate saya reply, kalau tak reply dalam masa 2-3 jam maknanya saya tak online..

No comments: