Monday, April 13, 2009

Salam sejahtera semua. Minggu ni Alhamdulillah, masih ada yang sudi order.. Terima kasih semua..muaahhsss

Just reminder..
untuk tarikh 18,19 dan 20hb ni saya tak terima tempahan ye.. sebab nak pergi berehat kejap, setelah penat kerja, baking. nak rileks-rileks dengan keluarga pulak, sian si kecil saya, mamanya asyik sibuk je..

Oklah ini order untuk minggu lepas, ni Mirah rakan blogger saya order untuk dibawa ke wad NICU Serdang, hadiah untuk nurse dan doktor

Yang ini pulak Maya, untuk rakan-rakan office dia..baik Maya ni. belanja kengkawan makan kek.. Maya, still tak dapat bertemu mata dengan Maya kan..itu hari Maya datang akak sebok kat small bakeri akak, hubby je hulurkan kotak keknya, hari tu pulak datang akak on the way ke Bangi, bibik je hulurkan kotak kek. Next time occay..

Yang ni order dari Hasniza, wah ini agak mencabar kerana perlu melukis banyak animal, nampak macam senang, tapi susah, lukis guna cream, guna nozzle, berbaloi dan lega bila dimaklumkan anak-anak Niza happy sangat.

Ni dari Zakiah, untuk suami tercinta.. tema nak merah, biru...

Yang ini pulak dari Anita, untuk anak bujang dia.. yang katanya suka main ping pong.. pun happy bila Anita bagitau dia happy dengan cupcakes ni.

Yang ni dari Kak Zaza, yang menempah melalui sms je, mujur saya tak lupa..
Saya memang ada masalah pelupa sikit, itu sebab saya sediakan order form untuk orang order, supaya senang ditulis semua atas order form. Kalau u all sms, call selalu saya lupa..uhuks.. jadi sebaik-baiknya gunalah form sedia ada di website ni untuk buat tempahan.

And form tu please isi la email adress anda, kerana tanpa email adress saya sudah set masuk bulk mail..al maklumlah ada manusia ni rajin sangat nak test kot sistem form saya berfungsi ke tak..jadi suka-suka ati diaorg je klik-klik send form tu.. tak payah test-test la Insya-ALlah kompem email tu terus masuk email saya, dan kalau saya online immidiate saya reply, kalau tak reply dalam masa 2-3 jam maknanya saya tak online..

Tuesday, April 7, 2009

hani, nura, kak enni, maya, cynthia, fara, shida hamsiah, zaimah

Kepada semua..
Saya minta maaf, sekiranya tidak membalas message anda di chat box, kerana di office saya kena block, kerja maaa mana leh ngulor..ehehehe, kat umah pulak, cpu kami tengah sakit, so no internet connection at this momment, sila tinggal pesanan kat ruangan comment di bawah setiap entry, atau sms saya 013-397 4760.

untuk date 18 dan 19hb saya tak ambik order sebab hendak bercuti dengan family. Just offer untuk mereka di sekitar Seremban/PD kalau nak order boleh berbuat demikian, sebab saya akan ke PD, so boleh sesiapa teringin merasa cupcakes saya, boleh order..

Last weekend yang full, gila punya penat.. Jumaat saya ambil cuti sebab malas nak terkejar-kejar petang jumaat lepas kerja nak siapkan tempahan sabtu. Nak rileks kononnya.. dah siap susun jadual nak bake, nak deco, one of my fren call mintak tambah order, pastu check email kat umah ada lagi order masuk. aduh.. kena susun balik jadual membakar dan mendeco cupcakes ni. Tapi Alhamdulillah semua dapat disiapkan tepat pada masa, malah ada yang lebih awal dari yang dijanjikan. Lepas penat semua, saya belanja hubby anak, (si adik belum pandai makan.eheheh) and my bibik yang banyak membantu saya makan kat luar je, sbb dah tak larat memasak.

ok ni order dari Nura, Nura order 150pcs untuk majlis cukur jambul dan akikah baby dia, my bibik tolong saya packing masuk dalam casing, bila bibik susun semuanya cantik dipandang, tapi saya sangat sibuk sampai terlupa ambik pic. :-( tema pink purple
Ni Maya order untuk mertuanya, bertuah mak mertua awak Maya..

Kak Enni, repeat order lagi... Thanks ye kak Enni percayakan saya lagi buat order akak.. rekues nak shaun the sheep..

Hani-with arsenal theme, sorry Hani tukang print edible image tu salah print la...uhuks.. logo tu jadi beso..

Hani juga minta orang lidi theme one box

ni order sebelum tu, dari Hamsiah, untuk si dia tersayang

ni from Cynthia, untuk birthday girl

wahh ni dari blogger tersohor tu Zaimah untuk hubby tersayang dia..thanks mah.. i lap u... muaaahhhss kiss sikit


ni Fara from Uniten

yang ni order dari Shida untuk tunang tersayang, rekues nak pic ultraman pakai baju liverpool..eheheh memacam korang ni... dia minta buat macam kek birthday anak saya.. yang bulat tu choc butter cake with choc ganache (9 inci, about 1.5kg) and keliling nak cupcakes...maka terhasilnya kek begini. meriah

tima kasih semua...

p/s entry ni bercampur aduk sikit, order lama dan baru..eheheh malas nak menyusun ikut susunan..banyak kerja ni