Monday, October 22, 2007

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri belum semua...
Moga ceria menyambut hari raya.

Insya-Allah, saya kembali menerima tempahan untuk hari-hari berikutnya.

Ok sebagai pemula saya siapkan tempahan pertama selepas hari raya ialah dengan menyiapkan 700pcs cupcakes as wedding gift utk tetamu di majlis perkahwinan, dan menyiapkan wedding cake 3 tingkat ni untuk pengantin.

Sangatlah kelam kabut menyiapkan order ni, kerana saya dan krew sibuk siapkan order, hubby dan krew dia sebok packing dan mengangkut barang berpindah rumah, punyalah penat ya amat. Tapi happy bila pengantin berpuas hati dan gembira dengan all the cuppies...

Ok..Selamat Pengantin Baru buat Fauziah dan Syaharuddin. Moga kekal bahagia hingga akhir hayat.

Pakej 700 pcs cupcakes with theme, cream and chocolate, with ribbon and clear casing.
and kami bagi stiker ni free kpd pengantin and of course with our name also..promosi kan...ehehehe, ini untuk order yang berjumlah RM1000.00 ke atas la, boleh la dapat free stiker camni. Kalau sikit-sikit uhuhu tak dapatlah nak sponsor.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

siap packing, krew lain sedang menyusun dan mengira di dalam kotak.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

for the wedding cake
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

siap di susun di dalam dewan..cantik berseri adanya...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

And kami bagi free flower arrangement di wedding cake, dan decoration
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kepada mereka yang berura-ura untuk order sempena wedding, sila buat tempahan awal, supaya senang kami menyediakan barang secukupnya untuk keperluan. Pengantin ni dah booking dari bulan Julai lagi,

So untuk wedding bulan 12 dan cuti tahun baru cina tahun depan tempahan sudah di buka, untuk wedding amatlah di alu-alukan untuk order lebih awal.. at least 2 bulan sebelum tarikh kenduri.

Dan ya, ini pengumuman penting, di sebabkan harga barang untuk cupcakes ni naik berpusu-pusu, bermula dari buttercup yang naik hampir 50%, cream pun naik harga, cup utk cupcakes pun naik, tepung naik harga..saya mintak maaf, saya terpaksa revise harga yang baru, dan akan di naikkan sedikit, kenaikan pun tak lah banyak, kejamlah kalau naikkan harga berganda jugak, mungkin naik seposen dua sebiji, or akan dibuat secara pakej utk lebih ekonomi kepada pembeli cupcakes, tunggulah pengumumannya nanti pada 1 November. So kalau masih hendak membeli pada harga lama, sila buat tempahan skrang, kerana pada 1 November, adalah harga baru. Tempahan pada 1 November akan di kira pada harga baru.

Thanks...

No comments: