Salam semua...
lama tak update..
Terlebih dahulu, saya mohon maaf kepada semua yang hantar order form, yang sms, or call untuk order cupcakes. Saya mohon maaf kerana menghampakan anda semua kerana tidak dapat mengambil order.
Biarlah saya berterus terang di sini, supaya tidak ada yang salah faham. Ya, saya kini sedang dalam peringkat awal kehamilan. Saya pernah lalui episod keguguran sebanyak 2 kali. Dan sejarah kehamilan anak saya yang sulung (kini sudah nak masuk darjah satu) saya ada tekanan darah tinggi semasa hamil. Dan sekarang walaupun usia kandungan baru nak masuk 2 bulan, tapi tekanan darah saya tidak stabil, kejap turun dan kadangkala naik tinggi. Ianya menakutkan.
Jadi saya perlukan betul-betul rest kerana saya amat berharapkan pada kandungan ini. Untuk itu saya berkorban tidak mengambil tempahan kerana saya perlu lalui tempoh beberapa bulan yang akan datang ini dengan tenang dan cukup isterehat. Saya juga takut sekiranya berjanji mengambil tempahan, tiba-tiba saya kena masuk wad, dan saat akhir terpaksa batalkan tempahan. Saya tak suka kecewakan orang begitu. Ini kerana pengalaman saya hamilkan anak pertama, keluar masuk wad memang lumrah bagi saya.
Insya-Allah, sekiranya semua diizinkan Allah Taala, saya akan menerima order kembali selepas Aidil Fitri 2008. Dan dalam temoh 'berdiam' ini, tidak bermakna, saya diam terus, saya akan melengkap diri dengan ilmu cake decoration secara formal. Insya-Allah.
Ok, sehingga kita berjumpa lagi. Ini adalah buah tangan terakhir saya untuk mereka yang order, selepas saya siapkan deco ini saya check tekanan darah amat tinggi, terus pucat saya, dan terus call waiting list yang sudah order untuk batalkan order. Saya rasa bersalah kerana mengecewakan mereka di saat2 akhir.
ok, ini order dari teman saya untuk hantaran
ini dari kak shah, untuk birthday anaknya, kak shah pernah order sebelum ini untuk meraikan harijadi opah. so sweet akak ni..
Ini untuk Kak Wan, untuk makan-makan sekeluarga...thanks to kak wan.
Ini untuk anak bujang saya yang tamat pembelajaran di Smart Reader Kids Putrajaya, tahun depan dah darjah satu.
Thanks atas sokongan semua..Doakan saya selamat lalui lagi 7 bulan, dan Insya-Allah, nanti saya akan kembali menerima order kalian...
Sunday, December 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
semoga semuanya selamat...
semoga semuanya baik-baik sekali. Terima kasih kerana masih nak buatkan kek untuk majlis pertunangan adik kita. EMm, semua orang terpegun dan famili kata sedap. Maklumlah bekas tu muat masuk 10 kek je, lagi 20 kita melantak sendiri.
Hik hik.
By the way, tunang adik we all pun cakap cantik dan professional work. nak tau tak bakal suami atau tunang adik kita kerja apa?
dia kerja pastry chef dan dia masuk bertanding buat kek tau, bukan kat malaysia sajork.
MATI LAH KEKWAT, tapi bukan nak kekwat, tapi nak memuji yang kek itu sangat memuaskan hati bukan sahaja dari presentation, tetapi juga dari rasa
Comelnye...kreatif..kalau saya mesti rasa sayang nak makan ni...
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Webcam, I hope you enjoy. The address is http://webcam-brasil.blogspot.com. A hug.
Hi cantiknyer kek, sgt creative :)
Tumpang iklan yer … Part 1 Mari Borong Promotion dah mula! Singgah ke http://www.qistina-collections.blogspot.com/ untuk Barbie dolls utk dekorasi kek anda, sudoku, kebaya dan byk lagi, free delivery! TQ :)
i miss ur cupcakes wuwu :'(
Post a Comment