lama tak update..
Terlebih dahulu, saya mohon maaf kepada semua yang hantar order form, yang sms, or call untuk order cupcakes. Saya mohon maaf kerana menghampakan anda semua kerana tidak dapat mengambil order.
Biarlah saya berterus terang di sini, supaya tidak ada yang salah faham. Ya, saya kini sedang dalam peringkat awal kehamilan. Saya pernah lalui episod keguguran sebanyak 2 kali. Dan sejarah kehamilan anak saya yang sulung (kini sudah nak masuk darjah satu) saya ada tekanan darah tinggi semasa hamil. Dan sekarang walaupun usia kandungan baru nak masuk 2 bulan, tapi tekanan darah saya tidak stabil, kejap turun dan kadangkala naik tinggi. Ianya menakutkan.
Jadi saya perlukan betul-betul rest kerana saya amat berharapkan pada kandungan ini. Untuk itu saya berkorban tidak mengambil tempahan kerana saya perlu lalui tempoh beberapa bulan yang akan datang ini dengan tenang dan cukup isterehat. Saya juga takut sekiranya berjanji mengambil tempahan, tiba-tiba saya kena masuk wad, dan saat akhir terpaksa batalkan tempahan. Saya tak suka kecewakan orang begitu. Ini kerana pengalaman saya hamilkan anak pertama, keluar masuk wad memang lumrah bagi saya.
Insya-Allah, sekiranya semua diizinkan Allah Taala, saya akan menerima order kembali selepas Aidil Fitri 2008. Dan dalam temoh 'berdiam' ini, tidak bermakna, saya diam terus, saya akan melengkap diri dengan ilmu cake decoration secara formal. Insya-Allah.
Ok, sehingga kita berjumpa lagi. Ini adalah buah tangan terakhir saya untuk mereka yang order, selepas saya siapkan deco ini saya check tekanan darah amat tinggi, terus pucat saya, dan terus call waiting list yang sudah order untuk batalkan order. Saya rasa bersalah kerana mengecewakan mereka di saat2 akhir.
ok, ini order dari teman saya untuk hantaran


ini dari kak shah, untuk birthday anaknya, kak shah pernah order sebelum ini untuk meraikan harijadi opah. so sweet akak ni..

Ini untuk Kak Wan, untuk makan-makan sekeluarga...thanks to kak wan.

Ini untuk anak bujang saya yang tamat pembelajaran di Smart Reader Kids Putrajaya, tahun depan dah darjah satu.

Thanks atas sokongan semua..Doakan saya selamat lalui lagi 7 bulan, dan Insya-Allah, nanti saya akan kembali menerima order kalian...